Siakap Keli
kluster baru covid-19
Kredit: Google

COVID-19: Satu Kluster Baru Dikesan Di Johor, Libat Kru Kapal Bukan Warganegara

Putrajaya, 25 September – Satu kluster baru COVID-19 dikenalpasti sebagai Kluster Orkim telah dikesan di Johor, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Kes tersebut melibatkan kes import bukan warga negara yang melibatkan kru kapal yang berlabuh di Pelabuhan Pasir Gudang.

Kes pertama bagi kluster iaitu kes ke-10572 merupakan salah seorang krew kapal yang merupakan warganegara Indonesia. Beliau telah sign-on di Singapura pada 10 September 2020.

Kes mula menunjukkan gejala demam, batuk, sesak nafas, cirit-birit dan muntah sejak 13 September 2020 namun tidak memaklumkan kepada majikan

Beliau telah sign-off pada 17 September 2020 dan hanya mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta pada 22 September 2020.

Beliau seterusnya dirujuk ke Hospital Permai, Johor di mana beliau didapati positif COVID-19 pada 23 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor.

Hasil saringan kru kapal yang lain mendapati satu lagi kes positif yang juga merupakan warganegara Indonesia.

Kes positif kedua ini tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor.

Seramai 30 krew kapal yang bertugas dalam kapal ini telah disaring di mana dua dikesan positif, 24 negatif dan empat lagi masih menunggu keputusan.

Proses nyahkuman telah dijalankan. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.