Ikan paus yang dinamakan sebagai ‘Cuvier Beaked Whale’ telah mencetuskan fenomena yang menakjubkan apabila mampu untuk menyelam hampir 4 jam di dalam air.
Kebiasaannya, paus ini hanya mampu untuk menyelam di dalam air sekitar 1 jam, pada kedalaman 1,400meter – menurut Duke University, AS.
Namun, ada diantara ikan paus ini telah membuatkan para saintis terkejut setelah menyelam di dalam air selama 3 jam 42 minit, tanpa muncul di permukaan air.
Di dalam makalah yang diterbitkan dalam Journal Of Experimental Biology, para saintis mendapati bahawa hanya 5% daripada 3,680 ekor ikan paus itu yang mereka analisis berjaya bertahan di dalam air selama 77 minit.
Tetapi salah seekor spesis ini telah menggandakan angka masa itu kepada 222 minit, tanpa muncul di permukaan air.
Kebiasaannya, ikan paus ini menyelam untuk mencari sumber makanan mereka iaitu pemburuan sotong.
Selaman paling lama yang telah direkodkan sebelum ini adalah pada tahun 2014, spesis ikan pauh yang sama, sekitar 2 jam.
“Cuvier Beaked Whale mampu untuk bertahan lama di dalam air kerana ianya mempunyai ‘tangki’ simpanan oksigen yang besar, mampu memperlambatkan degupan jantung dan mempunyai metabolisme yang rendah”
Fenomena ini telah meningkatkan lagi semangat para saintis untuk mengkaji tentang ‘Cuvier Beaked Whale’ ini dengan lebih teliti.
Sumber: newssky