Siakap Keli
letupan tangki minyak nigeria
Gambar: Twitter

Jasad Rentung Bergelimpangan, Letupan Tangki Minyak Di Nigeria Dilapor Korbankan 28 Nyawa

Abuja, Nigeria – Sekurang-kurangnya 28 orang disahkan terbunuh dalam kejadian letupan tangki minyak di sini awal Rabu lalu.

Menurut CNN, seramai sembilan orang kanak-kanak terlibat dalam kemalangan tersebut.

Jurucakap Perbadanan Keselamatan Jalan Persekutuan (FRSC), Bisi Kazeem berkata, kejadian itu berlaku bertentangan dengan sebuah stesen minyak di lebuhraya yang menghubungkan Lokoja-Abuja.

Lapor media antarabangsa, tragedi berpunca apabila lori membawa muatan minyak tersebut mengalami kegagalan brek dan hilang kawalan sebelum berlanggar dengan beberapa kenderaan lain, termasuk lima kereta, tiga beca dan dua motosikal.

Lori itu dilaporkan terbalik di atas salah satu kereta yang membawa sebuah keluarga sebelum terbakar. Kesemua pemandu dan penumpang 10 buah kenderaan terlibat dilaporkan terkorban.

Menurut jurucakap polis Abuja, Willy Aya, beberapa mangsa rentung dan tidak dapat dikenalpasti.

Menurut seorang saksi tempatan, Iliyasu Zakari, ada antara mangsa yang merupakan pejalan kaki, termasuk para pelajar yang melintas jalan untuk ke kolej.

Kejadian kemalangan melibatkan lori tangki minyak dilaporkan sering berlaku di Nigeria di mana bekalan minyak mentah sering diangkut melalui daratan.

Tahun lalu, sekurang-kurangnya 50 maut manakala 101 cedera selepas lori minyak terbalik di pusat negara berkenaan.

Lebih 60 mangsa maut dalam kemalangan lain pada tahun 2015 di Anambra.

Rakaman detik kebakaran turut tular di laman Twitter menunjukkan api yang sedang menjulang dengan asap hitam berkepul-kepul.

Kenderaan dan pejalan kaki antara yang terperangkap dalam kebakaran. (Gambar: BBC)

 

Sumber: CNN, BBC, Al-Jazeera

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.