Siakap Keli
dropship faith fleur
Gambar: Fellyzra Elvya Ev Zora

Pelajar Habis RM17,000 Untuk Beli Emas

Siapa tak tersentuh bila melihat ibubapa bekerja keras untuk menyara keluarga. Apatah lagi bila keinginan sendiri perlu diketepikan demi memastikan anak-anak mendapat keperluan mencukupi.

Biarpun usia bertambah dan kudrat berkurang, masih ada ibu bapa yang terpaksa bekerja siang malam untuk menampung kos pembelajaran anak-anak yang semakin membesar demi masa hadapan mereka yang lebih cerah.

Mengenangkan jasa mereka, kalau boleh, mahu sahaja belikan segalanya yang pernah mereka impikan namun terpaksa ditolak ke tepi demi anak-anak.

Bukanlah harta yang ibu bapa pinta, namun kemurahan hati anak-anak bila telah berjaya pastinya menyentuh hati ibu bapa tercinta.

Baru-baru ini, seorang pelajar berkongsi pengalaman manisnya dengan Siakap Keli apabila berjaya menghadiahkan seutas gelang emas dan jam tangan berjenama buat kedua-dua ibu bapa.

Kongsi anak kelahiran Sabah, Fellyzra Elvya Pojol, 25, beliau mula berniaga tanpa modal dengan menjadi dropship produk Faith Fleur ketika sedang belajar lagi.

Semuanya kerana tidak mahu meminta wang dari ibu bapa untuk meneruskan pembelajaran dalam bidang Sarjana di sebuah institusi awam di Kuala Lumpur.

“Sebenarnya, Felly kesian tengok parents kerja siang malam untuk sara kami sekeluarga. Sekolah adik-beradik.

“Mereka selalu tak beli apa yang mereka nak. Selalu dahulukan kami adik-beradik.”

“Felly mahu bahagiakan mak ayah, tak nak tengok mereka buat loan untuk sara hidup kami adik-beradik. Tak nak tengok mereka susah-susah kerja untuk kami,” katanya.

“Felly selalu teman mama pergi kedai emas, mama asyik tengok saja. Nampak mama nak beli tapi dia tak beli sebab nak bagi kami sekolah. Padahal boleh ja mama beli waktu tu. Ni pun bapa selalu pakai jam kat pasar malam tu ja,” ujar anak sulung daripada empat beradik itu.

Setelah hanya lapan bulan berusaha keras berniaga, wanita itu akhirnya berjaya mendapatkan jualan sebanyak RM1 juta.

Hasil kerja kerasnya, Felly menghadiahkan seutas gelang tangan emas buat ibu serta jam tangan Bonia kepada ayahnya sempena hari lahir beliau pada Februari lalu.

Korban duit belanja makan sebulan untuk modal bisnes

Biarpun pernah beberapa kali jatuh dalam bisnes, Felly nekad untuk bangkit hasil bimbingan daripada mentor dan rakan-rakan seperjuangan.

Dengan modal RM350 hasil korban duit belanja sebulan miliknya, wanita ini mula mengambil stok untuk dijual kepada rakan-rakan.

“Asalnya, Felly mengalami masalah rambut gugur yang teruk pada April 2019. Stress dengan tugasan dan asyik tidur lewat. Telah cuba bermacam-macam produk tetapi tidak menjadi.

“Awalnya, Felly hanya pengguna, join dropship sebab nak dapat harga murah. Biasalah pelajar.

“Tapi bila nampak ramai rakan-rakan yang mengalami masalah rambut gugur & kelemumur, serta masalah kewangan, Felly cabar diri untuk daftar agen RM350 dengan korbankan duit belanja makan sebulan Felly.

“Bila Felly buat bisnes, bulan Disember 2019, Felly hadiahkan mama seutas gelang emas 916. Syukur dan gembira sangat sebab seorang pelajar mampu beli emas untuk mama,” kongsi pelajar Ijazah Sarjana Jurusan Kimia di UPNM itu.

Kini menjadi leader untuk team sendiri, beliau berhasrat untuk meneruskan perniagaan setelah tamat pengajian dan membuka sebuah pejabat di Kota Belud, Sabah.

Felly turut sempat berkongsi beberapa tips dengan Siakap Keli bagaimana beliau mencapai target jualan hingga ke tahap ini.

Tips:

  • Sentiasa rajin munculkan diri di media sosial. Terutama buat FB Live.
  • Sentiasa berkomunikasi dengan team. Tanya apa sebenarnya tujuan (big why) mereka untuk buat bisnes dan apa yang kita boleh bantu.
  • Betulkan niat. Bukan hanya nak untung saja.
  • Jangan beri alasan.
  • Sentiasa tambah ilmu
  • Mesti ada mentor

Bukan sahaja Felly, anda juga boleh mencapai kejayaan yang sama dengan menjadi sebahagian daripada ahli dropship atau ejen Faith Fleur. Bermodalkan RM0 sebagai ahli dropship atau RM350 sebagai agen, anda sudah boleh mendapat bimbingan daripada kumpulan dan pengasas sendiri yang selalu turun padang berkongsi ilmu.

Bagi anda yang berminat untuk menyertai keluarga besar ini, boleh hubungi 011-51875068 atau klik link ini untuk capai impian anda.

Semoga berjaya!

Amira

Love yourself.