Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) akan menggunakan Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) sepenuhnya bagi menggantikan Borang Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) mulai 28 Sepetember 2020.
Menerusi kenyataan yang dimuatnaik di akaun Twitterrasmi SPA Malaysia, pemohon sedia ada di bawah SPA8i bagi akaun pendaftaran yang masih belum tamat tempoh, tidak perlu mendaftar semula di SPA9 kecuali untuk menyemak status permohonan atau memohon jawatan baru.
Semua pemohon boleh merujuk kepada panduan pendaftaran SPA9 di Portal SPA spa9.spa.gov.my untuk memohon jawatan.
Sumber: SPA Malaysia