Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Teringin Anak Kembar, Doktor Kongsi 8 Tips Untuk Bakal Ibu

Boleh dikatakan, pasangan anak kembar dapat membuatkan ramai orang tersenyum dengan teletah mereka yang sangat comel. Terutamanya bagi kembar seiras, persamaan dari segi raut wajah, dipakaikan pakaian yang sama boleh menyebabkan ramai orang ‘jatuh hati.’

Kesan daripada itu, timbul keinginan di dalam hati para suami isteri terutamanya yang baru berkahwin untuk memiliki anak kembar.

Namun ada yang mengatakan, kebarangkalian untuk seseorang yang tiada pembawa genetik kembar lebih rendah berbanding mereka yang mempunyai ‘susur galurnya’.  Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian oleh seorang doktor bernama Dr. Rai, terdapat beberapa tips yang boleh cuba ikhtiar oleh para suami isteri untuk memiliki anak kembar.

Dr Rai yang pernah berkhidmat di klinik swasta miliknya sendiri dan juga pakar membantu ramai pasangan yang alami masalah kesuburan sama seperti beliau melalui nutrisi seimbang ada menyenaraikan 8 tips yang mungkin boleh dicuba oleh pasangan yang mengimpikan cahaya mata kembar.

  1. Ubi dan keladi

Menurut Dr Rai, keladi kaya dengan vitamin B6 dan sedikit vitamin C selain daripada kanji karbohidrat. Menurutnya juga, bangsa Afrika mempunyai ramai generasi kembar dan antara pemakanan mereka adalah berasaskan ubi dan keladi.

“Makan ubi dan keladi, sebab apa, orang Afrika Selatan memang itu makanan ruji harian dia. Keladi sebab apa yang kita tahu ia kaya dengan vitamin B6 dan sedikit vitamin C selain daripada kanji karbohidrat”

“Dalam kajian ada mengatakan bila orang ambil keladi dia punya peluang untuk ovulasi sangat tinggi, kesuburan boleh meningkat”

Gambar: Goubat

2. Pemakanan sayur-sayuran hijau

Selain ubi dan keladi, Dr Rai turut menyarankan untuk mengambil pemakanan sayur-sayuran hijau yang kaya dengan vitamin B6.

“Sayur sayuran hijau seperti kobis, brokoli. Sebab kita tahu sayur ini kaya dengan vitamin B6 juga. So ini boleh amalkan makanan sayur sayuran hijau dan bijirin.”

Gambar: DetikFood

3. Makanan bersumberkan zat besi tinggi.

Dr Rai juga berpendapat bahawa tips ketiga yang boleh ikhtiar untuk hamil kembar ialah mengambil makanan bersumberkan zat besi yang tinggi. Selain tiram, buah-buahan berwarna merah seperti delima dan strawberry, tiram, kerang, kupang yang membantu tingkatkan ‘production egg‘.

Gambar: Kebuna

“Zat besi ini penting untuk sokong penghasilan sel hemoglobin dalam darah. Kenapa sel hemoglobin dalam darah penting sebab kita tahu sel hemoglobin ini adalah berfungsi untuk mengangkut oksigen.

“So oksigen ini penting untuk ia supply kepada kilang telur supaya dapat berfungsi dengan baik. Jadi jika oksigen mencukupi, HB mencukupi jadi kilang telur ovari dapat berfungsi dengan baik. Apabila dapat berfungsi dengan baik, lebih mudahlah untuk hasil telur ovum yang matang.”

4. Nutrisi yang seimbang.

Bagi tips yang keempat boleh ikhtiar untuk mendapat anak kembar yang dikongsikan oleh Dr Rai adalah mendapatkan nutrisi yang seimbang. Menurutnya, nutrisi yang seimbang sangat penting supaya kalenjar adrenal tidak lesu dan tidak stres.

“Nutrisi yang seimbang untuk kita punya kalenjar adrenal supaya tidak lesu, tidak stres. Sebab apa kita tekankan nutrisi seimbang ini sebab kita tahu kalenjar adrenal kita adalah salah satu penapis, apa yang toksin-toksin kita makan, yang manis-manis, yang ada chemical yang ada perasa, pewarna tambahan, ia akan pergi ke kalenjar adrenal dan dia akan menyebabkan kalenjar adrenal menghasilkan hormon kortisol berlebihan, jadi dia akan menghasilkan hormon stres berlebihan…”

“Jadi itu yang menyebabkan signal kilang telur ovari tak sampai, maknanya kilang telur ovari ni hanya dapat berfungsi andai kata signal penghasilan hormon itu mencukupi.

“Pentinglah yang keempat ini. Haruslah mendapatkan nutrisi yang seimbang, maknanya nutrisi mencukupi supaya kalenjar adrenal dapat tapis benda yang bertoksik….”

5. Susu kambing

Susu kambing juga turut dinyatakan oleh Dr Rai sebagai salah satu tips yang boleh dilakukan untuk ikhtiar mendapat kehamilan kembar.

“Dalam susu kambing, hati kambing akan produce insulin growth factor akan merangsang kilang telur ovari untuk hasilkan ovum yang matang setiap bulan.

Gambar: Thehealthsite

So bila dah dapat telur ovum yang matang, sekarang adalah bergantung kepada proses persenyawaan sperma dan ovum sahaja….”

6. Rawatan moden

Selain daripada mengambil pemakanan yang mempunyai nutrisi seimbang dan zat besi yang tinggi, Dr Rai juga mengatakan tips lain adalah dengan membuat rawatan moden.

“Ada yang mungkin tengah buat rawatan kesuburan, contoh dia tengah clomid induction, dengan makan ubat ubatan hormon… So actually kesan daripada ubat ini berpotensi sebab dia paksa kedua-dua kilang telur untuk berfungsi, so dia berpotensi untuk dapat kehamilan kembar. Tapi dia punya chance dari 1 ke 2 peratus.

7. Teknik IUI

Dr Rai juga ada menyebutkan bahawa teknik Intrauterine Insemination (IUI) juga merupakan salah satu tips boleh ikhtiar untuk mendapatkan kehamilan kembar.

Gambar: Fertility Centre Nepal

“Bermakna pemanian beradas, bermakna doktor akan buat injection untuk pecahkan telur…, so dia akan paksa kedua-dua kilang telur ovari isteri untuk hasilkan telur ovum yang matang. Dan bila kilang telur ovum ini matang pada waktu subur, doktor akan memasukkan sperma ke dalam rahim wanita supaya persenyawaan berlaku.”

8. In-Vitro-Fertilization (IVF)

Selain teknik IUI, teknik IVF juga dikongsikan oleh Dr Rai namun peratus bagi rawatan ini adalah tidak terlalu tinggi.

“Tapi rawatan ini peratus untuk kembar still ada tapi tidaklah terlalu tinggi. Mungkin dalam 10 percen. Mungkin ada rezeki, dapatlah.

So yang kelapan ialah IVF. IVF ini bermakna ia dah bersenyawakan siap-siap sperma dan ovari. Doktor akan tarik keluar ovum yang matang isteri dan ia akan disenyawakan siap-siap dalam petri dish dan akan disenyawakan di luar.”

Pelbagai cara dan kaedah yang boleh dilakukan untuk ikhtiar mendapat anak kembar seperti yang diimpikan oleh banyak pasangan. Selain daripada itu, para wanita yang bakal menjadi ibu juga perlulah memastikan keadaan tubuh badan mereka sihat seperti hormon haid yang stabil dan teratur.

Seperti yang ‘ditawarkan’ daripada minuman susu Efferty, pelbagai kebaikan untuk wanita iaitu seperti menstabilkan hormon haid dengan lebih teratur. Antara kebaikan lain bagi susu Efferty ini juga adalah memudahkan jumpa waktu subur yang khususnya bermanfaat kepada pasangan suami isteri.

Bagi menambah selera, susu Efferty ini didatangi dengan tiga jenis perisa iaitu coklat, strawberry dan juga original madu kurma. Minuman ini yang mula menempah nama di Malaysia sejak September 2019 sememangnya sudah tidak asing lagi dalam masyarakat Malaysia kini.

Gambar: Efferty HQ

Susu Efferty kini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai sehingga 700 ejen. Tidak terkecuali, produk ini juga boleh didapati di Singapura dan juga Brunei.

Antara testimoni produk yang memberikan respon terhadap minuman Efferty adalah seperti berikut:

Jadi, apa salahnya untuk mencuba kan ? Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk ini, anda boleh layari laman Facebook Efferty HQ.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa