Siakap Keli
Gambar Via AnimalsWorld

(Video) Gelagat Panda Larikan Diri Selepas Tolak ‘Member’ Jatuh Longkang Bikin Terhibur

Sesiapa sahaja pasti akan ‘geram’ dengan telatah panda yang sangat gebu dan comel.

Manakan tidak, banyak video yang berkaitan dengan panda memaparkan betapa clingy dan nakal haiwan tersebut jika berada berdekatan dengan manusia.

Berada dalam kelompok mereka yang tersendiri, panda juga sering dianggap hanya tahu makan, tidur dan bergolek-golek di kandang mereka sahaja serta dilihat sangat tidak aktif.

Jangkaan anda meleset kerana video terbaru yang dimuatnaik di Twitter menerusi akaun AnimalsWorld ini menyaksikan haiwan tersebut rupanya boleh berlari dengan sangat laju.

“Tak sangka panda boleh lari selaju itu”

Menerusi video itu, dua ekor panda dilihat sedang bersantai di tepian longkang namun apa yang menarik adalah apabila seekor  panda dengan sengaja rakannya jatuh ke dalam longkang.

Warganet terhibur apabila melihat panda tersebut melarikan diri dengan sepantas kilat selepas melakukan ‘kesalahan’ tersebut. ‘Mangsa’ yang ditolak juga dilihat tidak berpuas hati dan mengejar rakannya itu.

Tidak menyangka bahawa panda boleh berlari selaju itu, rata-rata warga net kagum dan terhibur dengan video tersebut.

Sumber: AnimalsWorld

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa