Sesetengah orang kalau pergi berjalan mesti nak kemas dan barang-barang yang perlu dibawa tersusun dalam keadaan cantik. Ye lah, kalau dah tersusun cantik, tak susah nak cari benda yang penting.
Tugas mengemas ini selalunya diberi kepada mak-mak atau anak perempuan sahaja kerana mereka ini mempunyai satu sifat yang ‘teliti’ sewaktu mengemas pakaian. Kalau bagi mereka, ‘confirm’ barang-barang tak tertinggallah.
Seperti perkongsian daripada Facebook seorang wanita dan juga ibu kepada empat cahaya mata ini tentang tips mudah dan ringkas untuk para ibu menyiapkan beg pakaian dan barangan untuk melancong.
“Untuk packing, selain fikir untuk mudah pack, saya akan ambil kira juga susunan dalam kereta dan semasa transit…”
Tips packing ni bergantung juga beberapa faktor, contoh nak balik beraya lain packingnya, nak bercuti lain pula, nak masak ke tidak waktu travel, nak pergi berenang ke nak pergi pantai, nak duduk berapa hari, dan sebagainya, semua tu nak masuk fikiran.
Untuk packing, selain fikir untuk mudah pack, saya akan ambil kira juga susunan dalam kereta dan semasa transit. Saya akan bayangkan beg ni siapa bawa, beg ni siapa pula, beg ni bergabung dengan beg mana, barang ni senang capai tak dalam kereta, dan sebagainya.
Selain tu, membeli-belah semasa bercuti juga dihadkan supaya tak berlaku ‘pemberanakan’ beg yang keterlaluan. Harap perkongsian kali ni dapat membantu ibu ayah di luar sana bab packing-memacking.
“Ni tips ibu ayah dan 4 orang anak ya. Kalau lebih, tambah kok begnya.”
Yang asasnya ada 3 beg ni:
- Beg besar untuk baju
- Beg kecil selain baju
- Beg belang untuk toiletries
Untuk keluarga 6 ahli, rasanya cukup dah 1 beg besar untuk baju. Biasanya saya akan bawa 3 baju siang dan 2 baju malam untuk anak-anak. Nak rotate hantar je dobi atau basuh sendiri. Beg kanan sekali tu ada telekung, sejadah, toto dan selimut tambahan.
Dalam beg belang ada:
- Beg toiletries
- Beg bersiap
Beg toiletries belakang tu dah 10 tahun. Beli di Cosway Rm13. Beg bersiap pula dari Mr Diy. Barang dalam beg ni semua tak unpack lepas balik. Dok dalam ni sampai next travel.
Botol sabun dan syampu beli di Mr Diy, ada lock supaya tak terkeluar isinya kalau tertekan.
- Bekas berus gigi pula beli di Shopee. Saiznya tak bulky dan muat 2 berus gigi dewasa.
- Barang bersiap, semua beg ni beli di Mr Diy
Selain tu, saya letakkan plastik kecil (warna merah tu) untuk buang diapers. Plastik kecil macam tu ada jual di Mr Diy, cari bahagian pet.
Dalam beg ‘others’ ada barang-barang ni.
Bekas minyak rambut beli di Mr Diy. Barang lain dalam bekas asal sebab saiz travel already.
Beg makanan (merah) dan minuman (biru).
- Guna beg sandang berbanding bakul supaya lebih mudah transit. Beli di Shopee.
Barang dalam beg makanan. Kadang penuh juga dengan keropok, ayam goreng, bihun goreng, dll. Kalau travel jauh mudah siap-siapkan makanan camni, lapar terus berhenti makan. Barang yang bertanda, lepas ni semua saya letak dalam beg biru merah ni ya.
- Beg beras
Kalau nak masak, saya bawa beras je. Lauk biasanya beli atau bawa sambal kering. Pun laju berdesup dah tu. Untuk storan beras, siap-siap packing untuk sekali masak. Guna ziplock.
- Periuk nasi travel
Masak guna konsep kukus. Sekali masak satu pot maksimum. Beli di Shopee.
- Sudu siap bekas beli di Mr Diy
- Alas makan
Guna alas ni senang kemas, konsep macam saprah. Beli di Shopee.
- Suplemen wajib
- Beg membasuh
Selain tu, bekas biru ni pula untuk storan keperluan membasuh; berus pinggan, berus botol, dan sabun.
- Penyapu mini
Kadang hotel tak ada penyapu kan, asyik panggil room service nanti ngamuk lak depa, bawa sendirilah senang. Sikit lagi kakak bawa mop, hahah.
- Plastik sampah
- Beg swimming
Ada 4 beg ni untuk anak-anak. Sorang satu beg dan setiap beg ada:
- 1 tuala mini
- 1 baju swimming
- 2 hanger
Beg ni juga akan letak baju ganti. Jadi, lepas mandi, anak-anak akan ambil beg sorang satu, pergi bersiap, masukkan baju basah, dan balik terus gantung.
Folded hanger ni beli di Shopee juga.
Kalau perlu membasuh, saya akan bawa sabun, berus, dan tali penggantung ni untuk menyidai. Kalau pergi umrah, boleh cuba tips ni sebab kos dobi di sana agak mahal.
Bukan itu sahaja, wanita ini juga turut berkongsi cara susunan beg di tempat penginapan seperti di dalam bilik hotel supaya tampak lebih kemas dan teratur.
Keadaan susunan beg di hotel
Susunan dalam kereta. Beg makanan/minuman di depan. Beg swimming dalam bonet. Habis minimum dah packing ni. Kalau kena camping, kakak pengsan.
Sumber: Susun Atur Sioca