Jika korang sebagai seorang perempuan, tiba-tiba muncul lelaki entah dari mana-mana, lepas tu minta gambar bogel korang, apa korang rasa?
Itulah yang dialami penyanyi terkenal negara kita, Adibah Noor.
Kak Adibah ada post gambar di Twitternya tadi, tentang seorang lelaki tak dikenali menghantar satu mesej berbaur lucah.
Tapi dengan penuh ‘cool’, kak Adibah balas balik permintaan lelaki itu dengan satu jawapan ringkas.

Tweet itu menimbulkan pelbagai reaksi oleh ramai followernya.
Antara respon yang ada adalah seperti ini:-
DIA MINTA GAMBAR BOGEL MACAM MINTA STICKER DRI MEMBER.
— Naz🇲🇾 (@ItisNaz) September 25, 2020
Yang penting, salam.
— PU Nabil 🇲🇾 (@NabilHussein) September 25, 2020
Apooo pervert nau.. padan muka dapat gambar kucen bugil
— 𝐍𝐑𝐀𝐙 (@nrazhazhr) September 25, 2020
Baik kak diba ni. Kalau dapat dekat saya, saya report sexual harassment.
— Bakal PM Maleh Aku (@MaisarraAnuar) September 25, 2020
Bagaimanapun, ada netizen tunjuk satu mesej yang mengatakan individu berkenaan memohon maaf dan bertaubat.
Difahamkan, mungkin netizen tersebut telah mesej sendiri individu itu untuk tindakan lanjut.
Sooo…@adibahnoor cmne kak? pic.twitter.com/qZ3tR6lxxf
— Haerie Junad (@HaerieJ) September 25, 2020
Semoga kita dijauhkan daripada mereka yang berbahaya seperti ini.
Sumber: Adibah Noor