Siakap Keli
makanan rambut sihat
Gambar: Google

Ini 9 Makanan Khusus Untuk Bantu Pertumbuhan Rambut Yang Sihat Kita Kena Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Semua orang mengimpikan rambut yang lebat dan sihat, tidak kira lelaki mahupun perempuan.

Ia menjadi lambang kecantikan dan kemaskulinan sekaligus meningkatkan keyakinan seseorang.

Menurut Public Health Malaysia (PHM), kadar pertumbuhan rambut bergantung kepada faktor genetik, umur dan pemakanan seseorang.

Antara nutrisi yang penting untuk pertumbuhan rambut ialah vitamin A, C, D, Biotin, zat besi dan protein.

“Secara umum pemakanan sihat adalah kunci kepada tubuh yang sihat, makanan makanan berikut telah di ketahui mengandungi sumber nutrien yang diperlukan untuk rambut sihat.”

Berikut merupakan 9 makanan yang mengandungi nutrisi yang penting untuk rambut dikongsikan PHM.

Kredit: Public Health

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan nutrisi untuk pertumbuhan rambut melalui makanan ini;

Vitamin A – labu, lobak merah, keledek, bayam, kangkung, susu, telur, yogurt dan minyak ikan kod.

Biotin (B-vitamin) – bijirin penuh, badam, daging, ikan, makanan laut, sayur-sayuran berdaun gelap.

Vitamin C – strawberi, lada, jambu batu dan buah-buahan sitrus.

Vitamin D – cahaya mata hari, ikan berlemak, minyak ikan kod, sebahagian cendawan dan makanan yang diperkaya.

Vitamin E – kuaci, badam, bayam dan avocado (dalam satu kajian, individu yang mengalami keguguran rambut mempunyai peningkatan pertumbuhan rambut sebanyak 34.5 peratus selepas menambah pengambilan vitamin E selama 8 bulan).

Zat besi – kerang, tiram, telur, daging merah, bayam dan lentil.

Zinc – tiram, daging lembu, bayam, germa gandum, biji labu dan lentil.

Protein – daging, ikan, telur, produk tenusu, bijian dan kacang.

Sumber: Public Health Malaysia, Healthline

Amira

Love yourself.