Siakap Keli

“Siap Menguap..,” Nak Marah Pun Tak Jadi, ‘Keluarga’ Kucing Ini Tidur Di Bekas Semai Benih, Habis Benih Penyek

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kalau sebut pasal haiwan peliharaan iaitu kucing, pasti akan terselit kisah-kisah nakal yang mereka lakukan tanpa sengaja. Ya, sifat manja mereka kadang-kandang membuatkan kita tidak jadi marah. Mana taknya, dah bagi pasu pecah, boleh pula datang ‘menegur meow’ manja.

Menerusi satu kisah yang dikongsikan dari pemilik akaun Twitter yang bernama Eyna Zain mengenai kucing peliharaannya yang tidak sengaja merosakkan anak tanamannya.

Katanya semasa dihubungi, setelah lima hari dimasukkan ke wad, tibalha masa untuk pulang ke rumah dengan rasa teruja apabila mengenangkan anak benih yang disemainya sudah naik subur. Namun, ‘angan-angan’ musnah selepas tempat semaian benih tersebut didiami anak-anak bulus peliharaannya.

Cerita sedih harini. 5 days warded. Balik rumah tak sabar nak tengok tanaman. Sekali keluar 3 ketul budak gemokk. Muka mak dia raih simpati. Nak marah plus sedih tengok habis benih I penyekk. Hat tumbuh sekuntum ja wei.

Apa yang korang lihat, anak-anak kucing ini sedang nyenyak tidur dalam tapak semaian tersebut dan rasa tidak bersalah kerana mereka telah rosakkan tanaman tersebut.

“Nah belanja baby kitten tu siap menguap lagi selesa ya di situu”

Tetapi lain pula jadinya apabila salah seekor anak Si bulus ini ada berwarna Oren. Ramai yang mengatakan bahawa si ‘Oyen’ ini akan mewarisi sifat nakal dari kucing Oren yang lain.

 

Sumber: Eyna zain

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.