Sebagai tanda persaudaraan Islam, tanggal 26 September 2020 merupakan satu sejarah besar buat pusat bandar Kuala Lumpur, Malaysia. Nama Jalan Raja Laut 1 di Kuala Lumpur secara rasmi ditukarkan kepada Jalan Palestin.
Perasmian disempurnakan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Duta Besar Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali.
Ini menjamin dan memperluas hubungan dua hala antara kedua-dua negara persaudaraan dan menegaskan mengenai Malaysia dan sokongan rakyat Malaysia kepada Palestin dan rakyatnya.
Hal ini jelas membuktikan bahawa penerimaan dalam kalangan masyarakat Malaysia sempena pertukaran nama jalan tersebut adalah menunjukkan bahawa kita sentiasa menyokong Palestin.
Sumber: Kementerian Wilayah Persekutuan