Siakap Keli

Pelakon Jepun, Yuko Takeuchi Ditemui Mati Tergantung Di Rumah

Pelakon Jepun  ditemui mati di kediamannya di Tokyo pada awal pagi selepas membunuh diri, menurut sumber terdekat.

Takeuchi, 40, ditemui tergantung oleh salah seorang ahli keluarganya dan kemudian disahkan meninggal dunia di hospital, kata mereka.

Namun, tiada sebarang nota atau  bunuh diri yang dijumpai di tempat kejadian. Jabatan Polis Metropolitan Tokyo telah melancarkan siasatan bagi mencari punca sebenar kejadian.

Semasa hayatnya, Takeuchi menerima beberapa penghargaan filem di Jepun termasuk Anugerah Akademi Jepun untuk pelakon terbaik sebagai peranan utama selama tiga tahun berturut-turut dari tahun 2004, menurut laman web rasminya.

Sumber: asia.nikkei.com

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.