Pengurusan Pusat mebeli belah Sunway Pyramid memaklumkan bahawa terdapat satu kes positif Covid-19 pada 26 September 2020 yang melibatkan salah seorang pekerja di Nike Outlet.
Menerusi kenyataan yang dikongsikan di laman Facebook rasmi mereka memberitahu pesakit dijangkiti kerana mempunyai sejarah perjalanan. Bagaimanapun, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia menyarankan kepada kontak rapat untuk melakukan saringan dengan segara.
Dalam kenyataan itu lagi, pihak pengurusan memaklumkan kes ini dikendali dengan baik dan terkawal oleh penyewa kedai dan pihak berkuasa. Mereka telah menghubungi individu yang ada kontak rapat dengan pesakit dan telah diminta untuk melakukan saringan serta jalani kuarantin.
Oleh itu, seluruh pusat membeli belah tersebut akan melakukan sanitasi sesuai dengan garis panduan yang ditetapkan oleh KKM.
The management of Sunway Pyramid Mall has been made aware of one Covid-19 case on 26/9/2020, involving one staff of Nike…
Posted by Sunway Pyramid on Saturday, September 26, 2020
Sumber: Sunway Piramid