Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: 1 Kes Kematian Direkodkan Hari Ini & 3 Kluster Baharu Dikesan, Satu Di KL Dan Dua Di Sabah

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenalpasti tiga kluster baharu Covid-19 di negara ini setakat Ahad (27 September 2020), jam 12 tengahari.

Tiga (3) kluster tersebut dipecahkan kepada dua (2) negeri iaitu satu (1) dikesan di Kuala Lumpur dan dua (2) lagi dikesan di Sabah. Selain itu juga, satu (1) lagi kes kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian di Malaysia mencecah 134 kes.

Pada masa yang sama, pecahan 150 kes yang baharu yang turut direkodkan pada hari ini melibatkan empat negeri dengan 146 daripada jumlah tersebut adalah kes tempatan dan empat (4) lagi kes import.

Negeri yang terlibat ialah Sabah (124), Selangor (11), Kuala Lumpur (6) dan Pahang (4).

Sumber: KKM Malaysia

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.