Pandemik COVID-19 di seluruh dunia masih belum menemui garisan penamat, termasuklah di negara kita Malaysia hingga hari ini.
Sudah hampir sepuluh bulan, tanda-tanda hampir menang telah kita lalui sebelum ini, namun angka jangkitan didapati kembali naik memuncak mencapai tiga angka sehari akhir-akhir ini.
Tidak dapat tidak, seluruh ‘batalion’ barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dipimpin ‘jeneralnya’, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah perlu bersiap siaga dengan situasi tak diduga.
Hari ini, Menteri Kesihatan, Dr. Adham Baba berkongsi hantaran di Facebook tentang pergerakan perjalanannya memantau persediaan anggota KKM di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Tengah malam tadi selepas ke KLIA, saya dan Dr. Norhayati binti Rusli kembali ke pejabat saya di KKM, Putrajaya untuk bermesyuarat bersama YBhg Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia (dan) YBhg Datuk Mohd Rabin Bin Basir bagi merangka dan melaksanakan perancangan untuk menangani situasi terkini pandemik COVID-19.
Selesai mesyuarat, kami kembali semula ke KLIA pada jam 3.00 pagi dan ke KLIA2 pada jam 5.00 pagi untuk memastikan kelancaran jentera petugas KKM dalam menjalankan tugas dengan sabar.
Turut berada di sana ialah YBhg. Dato’ Shamsul Najmi bin Shamsuddin, setiausaha politik saya dan beberapa orang pegawai saya.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada barisan hadapan KKM dan pihak-pihak yang terlibat dalam usaha ini.








KKM telah menambah kakitangan di KLIA dan KLIA2 untuk menjalankan ujian saringan kepada semua pengembara dari #Sabah…
Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Sunday, September 27, 2020
Sumber: Dr. Adham Baba