Siakap Keli

Penjaga Zoo Cedera Parah, Dilapor Jadi Mangsa Serangan Gorila

MADRID: Seorang penjaga zoo dilapor mengalami kecederaan yang serius setelah diserang oleh gorila.

Wanita yang berusia 46 tahun itu mengalami kecederaan di kepala, pelbagai retakan tulang serta patah tangan.

Mangsa telah dihantar ke Hospital Klinik Madrid setelah mengalami kecederaan parah.

Dipercayai, gorila tersebut telah memecahkan 3 pintu sebelum menyerang mangsa.

Polis Perbandaran Madrid telah mengambil alih siasatan kerana diklasifikasikan sebagai kemalangan kerja.

Kejadian berlaku sekitar jam 10 pagi ketika penjaga zoo tersebut memasuki kawasan tempat tinggal haiwan itu untuk melakukan rutin hariannya iaitu memberi sarapan, membersihkan tempat dan menyiapkan kemudahan untuk haiwan itu.

Terdapat 3 pintu untuk memasuki kawasan tempat tinggal gorila itu yang berusia 29 tahun dan diberi nama ‘Malabo’.

Namun, setelah mangsa melakukan tugasannya, dengan tiba-tiba Malabo telah mengganas.

Serangan itu telah menyebabkan mangsa berada pada tahap kritikal kerana kecederaan yang sangat parah.

Pasukan penjaga zoo berjaya untuk mengeluarkan Malabo selepas ditembak ubat penenang.

Pihak berkuasa masih keliru dengan tindakan yang telah dilakukan oleh haiwan tersebut dan siasatan diteruskan untuk mengetahui punca kepada tindakan tersebut.

Sumber: The Sun

Alfi Aiman

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.