Siakap Keli
Allahyarham Amirah Lahaya tersenyum manis dalam busana indah dan ketika bersama anak tercinta. (Gambar: Ihsan Jie)

“Selamat Jalan Isteriku…”, Coretan Sebak Suami Imamkan Solat Jenazah Isteri Maut Akibat COVID-19

Sehingga kini, seramai 1,002,383 telah terkorban akibat COVID-19 di seluruh dunia. Ada ibu bapa yang kehilangan anak, anak kehilangan orang tua, dan suami atau isteri yang kehilangan pasangan tercinta.

Di Indonesia, seramai 275,213 telah disahkan positif virus berkenaan. Daripada jumlah itu, seramai 10,386 telah disahkan meninggal dunia setakat ini.

Salah seorang daripada mangsa COVID-19 di negara itu adalah isteri kepada Muhammad Ihsan Harahap Daeng Rate, Allahyarham Amirah Lahaya.

Ihsan meluahkan rasa peritnya kehilangan isteri tercinta pada 23 September lalu, hanya selepas beberapa hari disahkan positif COVID-19.

“Setiap kali air mataku jatuh, aku ingat kembali nasihat isteriku sewaktu hidup.”

“Amirah bukan sekadar isteriku, Amirah adalah guruku”

Beberapa jam sebelum menghembuskan nafas terakhir, Allahyarham Amirah sempat menghubungi suaminya, memberitahu bahawa dia bakal dipasangkan alat bantuan pernafasan, ventilator.

“Selamat jalan Amirah”

Kongsi Ihsan, ketika masih menunggu keputusan saringan COVID-19, mereka sempat menonton kisah Tenggelamnya Kapal Van der Wijck bersama-sama.

Kisah karya Hamka itu menceritakan tentang perpisahan pasangan kekasih yang berakhir dengan kematian.

“Pesanmu sendiri kepadaku bahawa sebentar lagi kita akan berpisah”

Dimasukkan ke ICU sehari kemudian

Keadaan semakin teruk, dipasang ventilator

Laksana wasiat terakhir

Takbir pertama, teringat kembali saat solat berjemaah bersama

Dibawa ke pemakaman

“Cintamu yang suci telah mengubah hidupku”

Kini, Ihsan sedang menulis sebuah buku mengenai isterinya yang tercinta. Kemaskini mengenainya boleh diikuti di sini.

Semoga Allahyarham Amirah Lahaya dan semua yang terkorban akibat COVID-19 ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan para syuhada.

Sumber: Ihsanjie

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.