Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: 115 Kes Baharu COVID-19 Termasuk 112 Kes Tempatan, Sabah Catat 98 Kes

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 115 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.

Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 115 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 11,034 kes secara keseluruhan.

Daripada 115 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 112 merupakan kes tempatan manakala 3 lagi adalah kes import.

Terdapat 8 kes yang sedang dirawat di ICU dan daripada itu, 5 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, kes discaj baharu yang dilaporkan pada hari ini adalah 54 kes. Justeru, jumlah kumulatif kes discaj di Malaysia terus meningkat kepada 9,889 kes.

KKM juga turut memaklumkan bahawa tiada kes kematian yang dicatatkan pada hari ini. Jumlah kumulatif kes kematian pula kekal sebanyak 134 kes atau bersamaan dengan 1.21%.

Selain daripada itu juga, KKM telah mengenal pasti satu kluster baharu yang tercetus di negeri Selangor pada hari ini. Kluster tersebut dikenali sebagai Kluster Apas. Setakat ini, KKM melaporkan bahawa terdapat 6 kes yang telah disahkan positif daripada kluster ini.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa