Siakap Keli

‘10.10 Deals’, Ini 5 Laman Web Online Buat Promosi Kaw-Kaw Wajib ‘Singgah’

Berapa ramai yang dapat check-out best deals masa 9.9 haritu?

Mesti rasa berbaloi sangat sebab bukan senang nak dapat barang mahal tapi dengan harga yang berbaloi. Katanya, ada yang dapat beli air fryer harga biasa RM399, tapi masa 9.9 dapat RM99 je. Ish, jimat sampai RM300.

via GIPHY

Jadi kali ni, kami nak bagi korang semua standby dan add cart siap-siap untuk promosi kaw-kaw 10.10 yang akan tiba tak lama je lagi ni. Dibawah ni antara promosi yang kami dapat cari untuk 10.10 nanti.\

Lazada Malaysia

Lazada Malaysia sempena 10.10 ini memberikan pelbagai tawaran terbaik kepada setiap pelanggan setia khusus kepada penggemar barangan kecantikan. Antaranya:

  • Jualan kilat setiap jam.
  • Tawaran penghantaran percuma.
  • Potongan harga sehingga 90%.
  • Beli 1 percuma 1.

Shopee Malaysia

Sempena promosi 10.10 ni Shopee Malaysia akan bagi:

  • Penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM10.
  • Sesi Jualan Mengejutkan (jualan kilat) dari RM10.
  • Tawaran diskaun dan baucar tunai.
  • RM10.10 untuk 10.10 tawaran Shopee Mall dan banyak lagi.

Youbeli

Jom sokong laman web peniaga dan perniagaan tempatan sempena promosi 10.10 ni. Daripada barangan rumah, sehinggalah makanan semuanya ada di Youbeli.

  • Diskaun RM10 dengan code: BELILOKAL
  • Tawaran diskaun untuk pelbagai kategori dari kecantikan hingga teknologi.
  • Diskaun khas untuk kategori setiap hari.

Watsons

Watsons ‘menggila’ dengan pelbagai promosi hebat sempena 10.10, antaranya:

  • Penjimatan sehingga 50%.
  • Instant rebate RM5.
  • Beli dua dapat diskaun 30%.
  • 100,000,000 cash back.
  • Baucer sehingga RM200.

MR. DIY

MR DIY akan mengadakan tawaran promosi besar-besaran melalui pembelian atas talian. Antaranya:

  • Diskaun sehingga RM25 bagi setiap pembelian.
  • Penjimatan barangan keperluan rumah.
  • Potongan berganda bagi setiap barangan.

Tips penting shopping saat-saat getir ni, korang kena masuk siap-siap barang yang nak tu dalam cart, sampai masanya hanya tinggal check-out dan bayar.

Nur Farra