Siakap Keli

Awalnya Percaya COVID-19 Hanya Konspirasi, Lelaki Menyesal Tak Sudah Selepas Isteri Maut Jadi Mangsa Virus

Seorang lelaki di Amerika Syarikat merayu orang ramai supaya tidak melakukan kesilapan sepertinya dengan menganggap pandemik COVID-19 hanya sandiwara dan konspirasi pihak tertentu.

Menurut laporan Mirror UK, lelaki berkenaan kini dirudum penyesalan selepas sikapnya yang mempercayai semua teori konspirasi yang berlegar di media sosial menyebabkan dirinya kehilangan orang tersayang selepas isteri tercinta maut dijangkiti virus berkenaan.

Bercakap kepada media, lelaki tersebut berkata, akibat terpengaruh dengan dakwaan-dakwaan tak berasas tersebut, dia dan isterinya tidak mendapatkan rawatan biarpun mereka, terutamanya menunjukkan simptom-simptom jangkitan.

Katanya, mereka pernah membaca dakwaan yang mengatakan bahawa COVID-19 hanyalah satu ‘ciptaan’ dan ia cuma selsema biasa. Malah, mereka berdua ketika itu turut mendengar dakwaan bahawa virus ini dikaitkan dengan teknologi 5G.

Ketika dia mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan, malangnya keadaan isterinya semakin buruk sehingga akhirnya meninggal dunia.

Jelas lelaki itu lagi, ketika mula-mula kemunculan virus berkenaan, mereka tidak mengambil berat perkara tersebut dan meneruskan rutin harian seperti biasa termasuklah mengabaikan semua SOP seperti tidak mengamalkan penjarakan sosial dan tidak memakai topeng muka di tempat awam.

Menyesalai apa yang terjadi, lelaki berkenaan berharap dia mengambil berat mengenai pandemik ini sejak awal lagi.

Menurutnya, dia kini sudah tidak mampu mengubah apa yang terjadi dan berharap perkongsiannya memberi kesedaran kepada orang ramai.

Sumber: Mirror UK

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.