Siakap Keli
tahanan dibelasah
Antara tahanan lain yang disoal siasat pihak polis. (Gambar: Tribun News)

Baru Sehari Ditahan Disyaki Cabul Anak Hingga Hamil, Lelaki Maut Dibelasah Puluhan Tahanan Lain

Baru sehari ditahan atas tuduhan mencabul anak sendiri, seorang lelaki dilaporkan maut dibelasah tahanan lain di sebuah lokap di Serdang Bedagai, Sumatera Utara.

Menurut Tribun News, jasad lelaki itu dipenuhi luka lebam dipercayai selepas dibelasah beramai-ramai oleh tahanan lain.

Lelaki berusia 43 tahun itu telah ditahan susulan laporan isterinya yang mendakwa dia mencabul anak mereka yang berusia 14 tahun.

Ujar Ketua Polis Serdang Bedagai, AKP Robin Simatupang, mangsa kini dipercayai hamil akibat perbuatan tertuduh.

Tambahnya, kejadian ini dipercayai berpunca apabila tahanan lain mengetahui tindakan suspek, membuatkan mereka geram dan membelasah lelaki itu di dalam lokap.

“Pada awal pagi Sabtu, penjaga tahanan mendengar kekecohan dari dalam sel dan seorang tahanan melaporkan kepada petugas bahawa tertuduh dalam keadaan lemas dan tergeletak.

“Susulan itu, dia dikejarkan ke Hospital Sultan Sulaiman Sei Rampah untuk menjalani rawatan,” katanya.

Pun begitu, dia disahkan meninggal dunia sekitar pukul 6.10 pagi waktu tempatan.

Susulan itu, puluhan tahanan yang berada di lokap berkenaan telah dipanggil untuk memberi keterangan.

Tambah Robin, pihak polis telah menjalankan pemeriksaan terhadap semua 47 tahanan di satu blok di pusat tahanan berkenaan. Katanya 17 daripada mereka mengaku tidak menyukai dan membenci tertuduh kerana telah memperkosa anak sendiri.

“Ditambah sel tahanan yang terlebih kapasiti, sempit, padat dan tersumbat, membuatkan tahanan kurang rehat, tidak tenang serta mudah emosi,” tambahnya.

Pada 25 September lalu, tertuduh juga didakwa telah dibelasah penduduk tempatan sebelum dihentikan ketua kampung.

Sumber: Tribun News

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.