Siakap Keli
Gambar: Bernama

Laman Web Bursa Alami Masalah Teknikal, Dagangan Tidak Terjejas

KUALA LUMPUR, 29 Sept — Laman web rasmi pengendali bursa saham, Bursa Malaysia Bhd  sedang mengalami masalah teknikal sejak lewat pagi ini.

Bagaimanapun, masalah yang berlaku secara tiba-tiba dan sementara itu, tidak memberikan impak kepada dagangan saham.

“Laman web bursa sedang mengalami masalah teknikal. Pasukan kami sedang berusaha menanganinya,” menurut wakil jabatan komunikasi Bursa ketika dihubungi Bernama.

Pada 16 Julai lepas, dagangan di Bursa digantung pada 3.30 petang berikutan masalah teknikal dan kembali pulih pada 9 pagi keesokan harinya.

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right