Satu jangkitan bakteria dilaporkan telah menyebabkan kematian mengejut beberapa ekor gajah di Zimbabwe dengan angka kematian sebanyak 34 ekor, lapor Daily Mail.
Menurut pengarah Zimbabwe Parks dan Wildlife Management Authority, Fulton Upenyu Mangwanya, sejumlah 34 bangkai telah ditemui namun beberapa yang lain masih belum ditemukan.

Kesemua haiwan itu dilaporkan mati di antara 24 Ogos dan 23 September lalu di sekitar hutan yang kaya dengan hidupan liar iaitu Taman Nasional Hwange barat laut yang terkenal dan bandar Victoria Falls.
“Mereka ditemui terbaring dan didapati mati mengejut,” kata Mangwanya.

Ujian yang dilakukan di Zimbabwe setakat ini menunjukkan ia merupakan penyakit yang dipanggil haemorrhagic septicaemia yang disebabkan oleh jangkitan kuman.
Renjer telah menolak kemungkinan bahawa kematian gajah-gajah tersebut disebabkan oleh keracunan dan pemburuan sianida kerana ia dijumpai dengan gadingnya yang utuh.

Mangwanya juga mengatakan bahawa haiwan liar lebih mudah diserang penyakit pada musim kering dan panas di negara tersebut iaitu dari Ogos sehingga November.
Sampel telah dihantar ke makmal di Britain dan yang lain akan dihantar ke Afrika Selatan dan Amerika Syarikat untuk ujian dan analisis selanjutnya.
Sumber: Daily Mail