Siakap Keli
Gambar Via Daily Mail

(Video) Dipercayai Penemuan Pertama Di Dunia Mengikut ‘Jenisnya’, Unta Albino ‘Rare’ Dilaporkan Ditemui Di China

Seekor unta albino liar dilaporkan telah berjaya dirakam oleh kamera inframerah di barat laut China. Ia dipercayai penemuan pertama seumpama itu di dunia, lapor Daily Mail.

Gambar Via Daily Mail

Rakaman menunjukkan haiwan dengan kulit putih itu sedang minum dari lopak air bersama belasan ekor unta lain berwarna coklat di Annaba Wild Camel National Nature Reserve di wilayah Gansu.

Gambar Via Daily Mail

Unta itu dikatakan sebagai unta Batrian yang merupakan spesies yang terancam dan berumur sekitar tiga hingga empat tahun.

Sebelum ini, China telah menemui unta liar dengan bibir berwarna putih di Xinjiang’s Lop Nur. Namun, unta albino yang berjaya dikesan pada 11 September lalu itu mungkin merupakan unta berkulit putih yang pertama di dunia.

Gambar Via Daily Mail

Memetik laporan Daily Mail, penyelidik juga sedang menentukan sama ada keadaan unta tersebut disebabkan oleh mutasi gen atau pengaruh luaran.

Gambar Via Daily Mail

Terletak di antara Gurun Kumtag dan Pergunungan Altun, Annaba Reserve adalah habitat sekitar satu pertiga dari jumlah populasi unta liar di China.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa