Kreativiti penting bagi anak-anak seiring perkembangan intelektual yang lain. Dengan kecerdasan inilah mereka membina dunia imaginasi sendiri yang membantu mereka memahami kehidupan dan menyelesaikan masalah.
Malah, melalui kreativitilah munculnya pelbagai teknologi yang pada awalnya kelihatan mustahil untuk dicipta namun akhirnya memberi manfaat untuk semua.
Baru-baru ini, seorang ibu berkongsi gambar anaknya yang berusia empat tahun sedang bermain sendiri. Kongsi Miera Yusof, anaknya yang bernama Megat Zarif Aryan itu menyusun sendiri beberapa puluh penyangkut baju membentuk rintangan, kononnya ia merupakan laser yang perlu dielakkan.
Dalam gambar dikongsikan Miera, kelihatan penyangkut baju bersambung pada bahagian hujung cangkuk, membentuk ‘rantaian’ melintangi ruang tamu rumah mereka.
Pastinya, ia memerlukan kemahiran fizik yang tinggi untuk memastikan rantaian tak terungkai. Hebat!

Perkongsian Miera membuatkan individu lain kagum dengan kemahiran ditunjukkan ……
Kreatif, bijak dia berfikir
Sel-sel otak tengah berhubung
Semoga jadi orang yang hebat
Cara dia gantung dan susun tu menarik, tinggal cara kita orang tua je untuk bantu perkembangannya
Tahniah kamu ibu hebat
Sumber: Miera Yusof via Anak Sepahkan Apa Hari Ini, Telegraph.co.uk