Siakap Keli
Gambar: WMBD

COVID-19: Satu Kluster Baharu Dikesan Di Kedah Iaitu Kluster Tembok

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat satu kluster baharu yang dikesan di Kedah.

Menurut kenyataan di Twitter KKMalaysia, kluster baharu yang dilaporkan adalah Kluster Tembok iaitu di Alor Star, Kedah.

Kes indeks bagi kluster ini adalah merupakan kes kematian ke 135 yang dilaporkan hari ini. Tambahan lagi, dua kontak rapat juga dikesan positif.

Setakat ini, 169 orang telah disaring dan 166 sedang menunggu keputusan.

KLUSTER BAHARU: KLUSTER TEMBOK, KEDAH

KKM ingin memaklumkan bahawa satu kluster baharu telah dikenalpasti di Kedah. Kes indeks kluster ini adalah seorang lelaki warganegara Malaysia (iaitu kes ke-11207) dan merupakan kes kematian ke-135 yang telah dilaporkan pada hari ini. Saringan COVID-19 kes indeks didapati positif pada 28 September 2020. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan dua (2) lagi kes positif COVID-19 bagi Kluster Tembok dikenalpasti. Dua kes positif ini melibatkan dua (2) warganegara Malaysia. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan.

Sehingga 30 September 2020, 12 tengah hari, sejumlah 169 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • Tiga (3) dikesan positif COVID-19; dan
  • 166 individu menunggu keputusan.

Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan.

Sumber: KKMalaysia

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa