Akibat daripada penularan wabak Covid-19, maka kerajaan terpaksa menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara untuk mengekang jangkitan wabak tersebut daripada terus menular. Akibat daripada itu, ia sangat memberi kesan kepada kita semua sama ada yang bekerja atau yang menjalankan perniagaan.
Kejadian ini menyaksikan ramai yang terpaksa berhenti dan diberhentikan kerja malah lebih teruk lagi apabila perniagaan mereka juga terpaksa ‘gulung tikar’.
Seperti satu kisah ini, seorang lelaki tidak terkecuali merasai tempias apabila dibuang kerja beberapa bulan lalu. Apa yang lebih tersentuh hati, lelaki ini tidak memberitahu si isteri dan berkelakuan seperti biasa seolah-olah ingin ke pejabatnya.
Hakikatnya, dia keluar untuk mencari pekerjaan baru dan melakukan beberapa kerja sambilan semata-mata tidak mahu merisaukan sang isteri di rumah. Pergorbanan suami seperti inilah yang perlu dihargai. Semoga ksiah ini memberi manfaat dan inspirasi kepada orang ramai
Dengar perkongsian seorang suami di radio suria pagi tadi;
“Dah tiga bulan kena buang kerja.. tapi tak beritahu isteri.. tak sampai hati..”
Dalam tiga bulan tu, keluar pergi kerja macam biasa. Macam tiada apa-apa berlaku. Keluar pakai sut kerja, dalam motor ada baju salin. Untuk kegunaan buat kerja harian yang sempat dibuat. Mungkin ambil upah kerja angkat barang? Restoran? Kuli dan lain-lain?

Suami itu berkongsi, berkat kesabarannya, 14 September baru ini dia dipanggil interview setelah tiga bulan mencari kerja sambil membuat kerja-kerja harian. Dia memberitahu isterinya dia dapat interview dan dia dapat pekerjaan tersebut.
Isterinya tidak pernah tahu dia dibuang kerja tiga bulan lalu, hanya tahu suaminya dapat tawaran kerja baru sahaja.
Pesan suami tersebut, jangan putus asa cari rezeki, Allah akan bantu insyaAllah. Hebat suami tersebut. Mgkin kerana hebat orang disisinya.
Semangat rasa pagi ini. Alhamdulillah.
Sumber: Muhd Fadzli