Siakap Keli

Lima Burung Kakak Tua Terpaksa Diasingkan Kerana Suka Mencarut Antara Satu Sama Lain

Lima ekor burung kakak tua yang ditempatkan di Zoo Lincolnshire di United Kingdom dilapor terpaksa diasingkan selepas suka mencarut antara satu sama lain.

Burung-burung berkenaan yang dinamakan sebagai Billy, Eric, Tyson, Jade dan Elsie mmenyertai koloni burung kakak tua berjumlah 200 ekor yang ditempatkan di zoo berkenaan sejak Ogos lepas.

Bagaimanapun kelima-lima burung tersebut mula berkelakuan kurang sopan antara satu sama lain, malah dilapor turut mencarut terhadap pengunjung-pengunjung taman hidupan liar tersebut.

Menurut pekerja di zoo berkenaan, mereka pernah mendengar burung kakak tua disitu mencarut, namun tidak pernah berdepan dengan situasi dimana kelima-lima ekor burung tersebut mencarut serentak.

Berikutan kejadian berkenaan, kelima-lima burung tersebut terpaksa diasingkan di kawasan yang berbeza supaya tidak saling bertemu dan mula mengeluarkan kata-kata kurang sopan.

Walaupun tidak laporan rasmi dibuat oleh pengunjung, pihak pengurusan zoo berkenaan mengambil keputusan tersebut setelah mengambil kira kehadiran pengunjung bawah umur.

Sumber: The Sun UK

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.