Siakap Keli
Gambar: Bernama

Mayat Wanita Reput Disyaki Mati Lebih Seminggu Ditemukan – Polis

PETALING JAYA, 30 Sept —  Mayat seorang wanita yang telah reput dipercayai sudah mati lebih seminggu ditemukan orang awam di kawasan semak di Jalan PJU 9/1, Bandar Sri Damansara, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kes itu daripada seorang pengurus kontraktor pembinaan kira-kira 1.15 tengah hari tadi.

Beliau berkata pengurus itu memaklumkan terhidu bau busuk dan menjumpai mayat mangsa semasa menjalankan kajian untuk projek pembentungan di kawasan semak bersebelahan sungai.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa dipercayai sudah mati dalam tempoh seminggu hingga dua minggu berdasarkan keadaan mayat yang sudah reput. Mayat wanita itu ditemukan dalam keadaan mengiring dan ditutup dengan kain,” katanya kepada pemberita di lokasi hari ini.

Nik Ezanee berkata siasatan kes masih diteruskan.

Mayat wanita berkenaan dibawa naik dari ketinggian kira-kira 20 meter oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat ASP Mohd Hafizee Ismail di talian 0133587571 atau balai polis berdekatan.

— BERNAMA

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.