Siakap Keli
Gambar Via Mohd Najib

Nampak Kemas Dan Bergaya, Lelaki Kongsi Cara Buat ‘Mirror Wainscoting’ Hiasi Ruang Dalam Kediaman

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dalam mendekorasi rumah, cermin menjadi salah satu tarikan penting bukan sahaja untuk melengkapkan ruang yang ada malahan menjadi hiasan.

Jika direka dan disusun dengan baik, ia akan terlihat sangat eksklusif.

Seperti mirror wainscoting yang direka oleh Mohd Najib untuk isterinya.

Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Salam warga tukang.. Nak share keseronokan bertukang bersama keluarga.. Hasil dia untuk syok sendiri saja.. Projek MIRROR WAINSCOTING Request by puan isteri

Siti Nurhidayah

 Ngidam nak lama dah.. Baru dapat buat kat dia lepas PKP aritu.. Jadi la untuk first time bertukang seni yang tak berapa berseni..

Hasil

Gambar Via Mohd Najib

Sebelum..
Ada buat lakaran sikit.. Tengok design yang ada kawan2 share dalam fb

Gambar Via Mohd Najib

Sanding kayu 2×1..kayu ubat morah ja.. RM9 ja sebatang.. Sanding dan trim tepi.. Bahagian depan ja

Gambar Via Mohd Najib

Ni alatan penting nak potong sudut wainscoting
Beli shopee br rm29.90

Alatan seperti di dalam gambar di bawah boleh didapati di SINI.

Gambar Via Mohd Najib

Tampal dan paku frame dia…tampal guna gam X bond. Frame wainscoting sambung guna gam 3 second. Pastu lekat di dinding guna x bond juga

Gambar Via Mohd Najib

Buat secara seisi keluarga.. Anak2 suka bab mengecat ni

Gambar Via Mohd Najib

Last skali tampal cermin. Guna cermin 4mm..tampal guna gam X bond juga.. Lekat masking tape sebelum dia Betoi2 kuat

Gambar Via Mohd Najib

Tadaaa.. Hasil dia.. Walau ada sikit herot perot.. Jadi la..

Gambar Via Mohd Najib

Untuk melihat dengan terperinci mengenai cara pemasangan cermin wainscoting ini, tonton video yang telah dimuatnaik oleh Mohd Najib di saluran Youtube miliknya.

Sumber: Mohd Najib

Sofea

Iqra'.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.