Siakap Keli
Gambar: Google

Ibu Bapa Kongsi Gelagat Anak-anak Nyanyi Lagu Salah Lirik, Bikin Dekah Dibuatnya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pasti ada antara kita yang pernah tersilap dengar lirik, bukan? Kadang-kadang lucu jadinya bila apa yang didengari terlalu jauh maksudnya dengan lirik sebenar.

Apa lagi kalau kanak-kanak yang tersilap lirik, yakin sahaja menyanyi tanpa serba salah. Boleh berdekah tawa dengan telatah mereka yang kemudiannya terpinga-pinga diketawakan.

Baru-baru ini, seorang ibu, Ummu Balqis berkongsi kisah anaknya yang berusia lima tahun bernama Balqis Qaireen Insyirah.

Seperti kebanyakan kanak-kanak lain, Balqis selalu pulang dengan lirik lagu baru yang dihafal dari sekolah.

Apa yang melucukan ialah apabila suatu hari, dia tersilap menukarkan perkataan ‘negara’ dengan ‘neraka’. Fuh, seram ibu jadinya.

Jom baca perkongsian Ummu Balqis dalam group Anak Sepahkan Apa Hari Ini di bawah.

Saya taknak cerita pasal anak sepahkan apa. Sebab anak-anak memang biasa menyepahkan.

Saya cuma nak kongsi satu benda. Anak saya kalau balik sekolah, selalu dia akan menyanyi atau baca doa-doa yang cikgu suruh hafal kat sekolah.

Kadang-kadang doa kedua ibu bapa..
Doa baca buku..
Ayat kursi..

Ada satu hari tu, tengah buat kerja.. tiba-tiba dia nyanyi,

“Nerakaku.. Tanah tumpahnya darahku..” sambil dia mewarna.

Terus saya tergamam dan tanya, “Mana dapat lagu tu?”

Dia kata nyanyi kat sekolah. Huh. Berpeluh ummi nak oi. Tiba-tiba main neraka ni. Bukan neraka. Negaraku.

Ibu-ibu pernah tak alami benda macam ni?

Nota :- Anak baru 5 tahun. Ok la. Boleh dimaafkan.

Perkongsian itu membuatkan orang ramai terhibur dengan telatah kanak-kanak berkenaan. Ada juga ibu bapa yang berkongsi kesilapan terdengar lirik lagu (misheard lyric) anak masing-masing.

Seram ibu dengar

Tanggal 31, bulan depan 57

Pesanan kiamat

B-I-N-G-O!

Melaka ke neraka

“Balik neraka ke tu?”

Haredang, haredang, haredang

 

Misheard lyrics versi Upin Ipin

‘Gajah’ dalam ikrar sekolah

Ibu, hari dah nak kiamat kan?

Anak berbilang bahasa

Comel je bayangkan gelagat anak-anak. Silap lirik tak apa, yang penting keyakinan ya tuan puan.

Sumber: Ummu Balqis via Anak Sepahkan Apa Hari Ni

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.