Siakap Keli
Gambar Via Liverpool FC

Pemain Tengah Liverpool, Thiago Alcantara Dilaporkan Diuji Positif COVID-19

Pemain tengah Liverpool, Thiago Alcantara dilaporkan telah diuji positif COVID-19 dan kini sedang menjalani kuarantin kendiri mengikut panduan yang ditetapkan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Liverpool FC di laman Twitter, Thiago yang ketinggalan dalam aksi perlawanan menentang Arsenal pada Isnin telah menunjukkan beberapa gejala virus namun berada dalam keadaan sihat dan semakin membaik.

Tambah kelab itu lagi, mereka akan sentiasa mengikuti segala protokol yang berkaitan dengan COVID-19 dan pemain berusia 29 tahun itu akan kekal melakukan kuarantin kendiri dalam tempoh waktu yang ditetapkan.

Sumber: Liverpool FC

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa