Siakap Keli
Gambar: Asia One

Terdengar Suara Bayi Merengek, Wanita Ditemui Maut Dengan Bayi Empat Bulan Masih Di Payudaranya

Seorang bayi berusia empat bulan dilaporkan ditemui di payudara ibunya yang telah meninggal dunia di wilayah Lamphun pada Selasa, lapor Asia One.

Ibu muda itu dilaporkan telah meninggal dunia beberapa jam sebelum pihak polis menemuinya sedang terbaring kaku di katil bersama dengan anaknya.

Menurut Asia One, wanita tersebut merupakan warga Myanmar yang baru sahaja berusia 25 tahun.

Suami kepada wanita terbabit menyatakan bahawa kesihatan isterinya itu pada hari sebelumnya berada dalam keadaan baik sahaja.

Tambahnya lagi, pada sekitar pukul 3 pagi, dia terdengar suara bayi sedang merengek serta suara isterinya sedang bergelut kerana sesak nafas sedikit, namun dia tidak menyangka bahawa ada sesuatu yang tidak kena.

Dia kemudiannya bangun pada pukul 5 pagi dan mendapati bahawa isterinya itu sudah meninggal dunia.

Mayat wanita itu dilaporkan telah dihantar untuk bedah siasat dan akan diserahkan kepada keluarganya untuk diuruskan.

Sumber: Asia One