Siakap Keli
Gambar: Daily Star

(Video) Detik-detik Bunyi Seakan ’Letupan Besar’ Kedengaran Ketika Perlawanan Tenis, Dipercayai Dari Jet Pejuang

Satu bunyi seakan letupan besar  di Paris dilaporkan telah kedengaran di seluruh bandar, lapor Mirror.

Saksi melaporkan bahawa bangunan-bangunan yang didiami oleh mereka bergoyang dan orang ramai dari beberapa daerah serta di pinggir bandar berdekatan melaporkan terdengar bunyi letupan tersebut.

Polis mengatakan bahawa ledakan kuat disebabkan oleh jet pejuang yang memecahkan penghadang bunyi.

Rakaman perlawanan tenis French Open di antara Stan Wawrinka dan Dominik Koepfer menyaksikan mereka ‘tersentak’ seketika selepas mendengar bunyi yang kuat.

Orang ramai juga telah menghubungi perkhidmatan kecemasan untuk melaporkan bunyi letupan tersebut.

Apabila sudah diketahui punca sebenar letupan tersebut, polis meminta orang ramai untuk bertenang.

Sumber: Mirror

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa