Seorang bapa dipercayai tergamak menjual anak perempuannya yang berusia 16 tahun kepada seorang lelaki berusia 21 tahun dengan harga Rs3,000 (RM169.19).
Kejadian kejam itu dilaporkan berlaku di daerah Raigarh di negeri Chattisgarh di India.
Setelah dua tahun, gadis malang itu berjaya diselamatkan dari jalanan dan memerlukan lima bulan kaunseling untuk memberitahu mengenai kejadian sebenar yang berlaku.
Mangsa telah memberi keterangan kepada pihak berkuasa mengenai penderaan yang dialaminya selama ini di mana bermula ketika ibunya meninggal dunia.
Mangsa dipercayai dijual oleh ayahnya kepada seoarang lelaki yang berjanji kepada ayahnya bahawa dia akan memberi pekerjaan kepada remaja itu di rumahnya.
Tetapi sebaliknya berlaku apabila dia mendera gadis itu secara seksual selama berbulan-bulan dan meninggalkannya di jalan setelah dia didapati hamil.
Mangsa kemudiannya diselamatkan oleh Jabatan Kebajikan Wanita dan Kanak-Kanak pada Mei tahun ini dan diberikan rawatan serta kaunseling.
Setelah melahirkan bayi di sebuah hospital di Bilaspur, mangsa dipindahkan ke pusat ‘Sakhi’ di Raigarh pada bulan lalu.
Sakhi atau One Stop Center (OSC) adalah organisasi yang dilancarkan pada tahun 2015 untuk memberikan sokongan dan bantuan kepada wanita yang menghadapi sebarang jenis keganasan secara tertutup mahupun di tempat awam di India.
Sumber: Gulf News