Siakap Keli

Ini Cara-Cara Nak Mohon Jawatan Perkhidmatan Awam Melalui SPA9 Yang Baharu

Seperti semua sedia maklum sebelum ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam akan melancarkan laman web baharu iaitu SPA9  pada 5 Oktober 2020 yang menggantikan SPA8i untuk orang awam memohon jawatan kosong dalam perkidmatan awam.

Ketika SK memeriksa laman web baharu tersebut, pengguna sudahpun boleh membuat pendaftaran baharu dan mengemaskini maklumat peribadi, latar belakang pelajaran dan juga jawatan yang ingin dimohon. Antaramuka laman web SPA9 ini nampak lebih kemas dan mesra pengguna.

Hari ini, SK ingin berkingsi cara untuk mendaftar dan untuk memasukkan maklumat peribadi, latar belakang pelajaran, bakat dan jawatan yang ingin dimohon melalui laman web SPA9 ini. Pergi ke pautan ini terlebih dahulu SINI

1.Klik pendaftaran pengguna

2.Masukkan maklumat peribadi pemohon

3.Masukkan kata laluan dan kod keselamatan seperti tertera

4.Selesai daftar, klik Log Masuk untuk daftar masuk ke akaun anda

5.Lengkapkan maklumat peribadi seperti diminta

6.Masukkan alamat surat menyurat dan ukuran fizikal

7.Lesen anda akan tertera secara automatik kemudian klik SETERUSNYA

8. Masukkan latar belakang pelajaran

9. Masukkan kebolehan bahasa, bakat, sukan, penerima bantuan dan kurang upaya (jika berkaitan)

10. Pilih jawatan bakat, latihan separa perubatan dan jawatan yang bersesuaian dengan kelulusan anda

11. Kemudian semak maklumat permohonan anda dan buat perakuan permohonan untuk mengesahkan permohonan anda. Semoga berjaya

 

Sumber: SPA9

 

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.