Menerusi sidang media hari ini, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa kuarantin wajib 14 hari dikenakan kepada individu tiba dari Sabah yang negatif pada ujian saringan di KLIA/KLIA2 namun berhubung rapat dengan kes positif.
Di samping itu, bagi yang negatif pada ujian saringan pertama tetapi ada simptom, mereka juga wajib dikuarantin 14 hari.
“Bagi tiada simptom mereka hanya bebas HSO selepas keputusan saringan adalah negatif tetapi perlu patuh sepenuhnya SOP dan peka pada gejala-gejala,”katanya.
3. Bagi tiada simptom mereka hanya bebas HSO selepas keputusan saringan adalah negatif tetapi perlu patuh sepenuhnya SOP dan peka pada gejala-gejala.
Arahan berbeza kpd mereka yg tiba dari Sabah kerana bukan seluruh Sabah zon merah. KKM mesti berlaku adil.
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) October 1, 2020
Sumber: KKMPutrajaya