Makan Aiskrim Dekat Petron & Shell, Korang Boleh Dapat 2 Tealive Harga RM10 ?

                                                                                      Wall’s bergabung dengan Tealive???

Pernah rasa aiskrim Wall’s Bobalicious? Menarik bukan? Ya, Wall’s sebenarnya telah bergabung dengan jenama ‘kegemaran’ rakyat Malaysia iaitu Tealive. Kalau sebelum ni korang cuma minum air, sekarang rakyat Malaysia dapat rasa teh susu ‘kaw’ bersama boba dalam bentuk aiskrim, tidak mengira tempat dan waktu!

Kalau korang suka dua-dua ini, korang boleh ikut je ‘trick’ yang dikongsikan olh SK ini kalau korang nak dapat ais krim Wall’s Bobalicious sambil minum air boba Tealive. Macam mana? 

Cuma ikut ‘trick’ ini.

  1. Korang beli 3 X Wall’s aiskrim Bobalicious di Shell dan Petron.
  2. Pembayaran hanya dalam satu resit sahaja.
  3. Korang boleh tebus di mana-mana gerai Tealive stores dan enjoy dengan dua cawan Tealive dengan harga RM 10

Wah, mudah dan menariknya! Korang tunggu apa lagi, jom beli aiskrim Bobalicious banyak-banyak dan boleh tebus mulai 1 Oktober hingga 31 November 2020 ini! 

Korang cuba lah tengok gambar bawah ini, aiskrim ini dipenuhi dengan boba-boba kecil yang melazatkan. Sangat lengkap rasa gabungan teh susu dan boba ini. Paling penting adalah ia dihasilkan 100% dari rasa teh susu berserta kaya dengan boba.

Bukan itu je, boba yang asli dan sangat kenyal apabila korang mengigit aiskrim tersebut.

“Rasa macam teh susu ‘kaw’ then ada boba boba kecik…” – Peminat Wall’s Boba-licious

Wall’s Tealive satu ciptaan yang sangat istimewa untuk Special Edition 2020, sementara stok masih ada! Jadi tunggu apa lagi, jom dapatkan airkrim Boba di mana-mana Shell dan Petron di tempat korang. 

Untuk maklumat lanjut tentang promo ini, korang boleh layari laman web rasmi Wall’s Malaysia atau terus ke laman Facebook rasmi mereka. 




Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Editor: Azmil

Dari Wiser.my