Siakap Keli

Mesin Bayaran Parkir DBKL Tidak Lagi Boleh Digunakan, Pengguna Hanya Boleh Bayar Menerusi Aplikasi Telefon Pintar

Kuala Lumpur, 1 Okt – Kaedah pembayaran parkir menggunakan mesin parkir telah dihapuskan 100% di kawasan parkir Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Perkara itu dinyatakan oleh DBKL dalam satu kenyataan di laman Facebook mereka semalam.

Menurut kenyataan terbabit, empat aplikasi yang boleh menerima bayaran parkir di kawasan DBKL mulai 1 Okt adalah Ez Smart Park, FlexiParking, Wilayah Parking dan Mcash sahaja.

Dalam kenyataan yang sama, perancangan dan integrasi dengan aplikasi Boost dan Touch n Go e-wallet masih dalam pelaksanaan namun kenyataan itu tidak menyebut tentang aplikasi parking JomParking yang sebelum ini telah lama dilaksanakan di kawasan tersebut.

Perancangan dan integrasi dengan Boost dan Touch n Go e-wallet juga sedang dilaksanakan oleh DBKL bagi memberikan pilihan yang lebih luas kepada pengguna untuk kaedah pembayaran ini“, katanya.

Dalam pada itu bayaran parkir menggunakan pas harian dan dan pas bulanan juga masih belum beroperasi dan akan diaktifkan setelah setelah naik taraf sistem dilaksanakan.

Justeru itu, DBKL menggalakkan orang ramai supaya menyesuaikan diri untuk menggunakan kaedah baharu ini bagi membuat bayaran tempat letak kereta bahu jalan di sekitar WPKL.” tulisnya lagi.

Siakap Keli

Berita sejurus ia berlaku? Itulah saya....

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.