Siakap Keli
Gambar Hiasan Via SHEfind

Raikan Pencinta Kopi, McCafe Nak Belanja 100,000 Cawan Iced Latte Percuma Buat Rakyat Malaysia

Mesti ramai di antara korang yang sangat menggemari kopi kan? Tak lengkap rasanya hari-hari yang dilalui jika tidak menghirup secawan kopi yang mempunyai aroma yang sangat enak. 

Manakan tidak, minuman tersebut juga pastinya akan menjadi salah satu pilihan bagi sesetengah orang untuk bersarapan termasuk sebelum memulakan langkah untuk bekerja.

Gambar Via SingaporeTatler

Dipercayai boleh menghilangkan rasa mengantuk, kandungan khasiat di dalam kopi juga boleh meningkatkan tahap tenaga dan prestasi fizikal sekaligus membuatkan seseorang fokus pada segala urusan yang dilakukan. Justeru, tidak hairanlah jika ramai yang menggemarinya.

International Coffee Day rai pencinta kopi seluruh dunia

Bagi yang masih tak tahu, sebenarnya ada hari yang sangat special untuk semua penggemar kopi bukan sahaja di negara ini malahan di seluruh dunia iaitu International Coffee Day.

Disambut pada tarikh 1 Oktober setiap tahun, International Coffee Day dikhaskan bagi menghimpunkan para pencinta kopi dalam sambutan global untuk berkongsi rasa cinta kepada kopi di samping menghargai serta menyokong jutaan petani yang bergantung kepadanya untuk menyara kehidupan.

Gambar Via KGAB.com

Pada International Coffee Day ini bolehlah korang membanjiri media sosial dengan post berkaitan cinta korang pada kopi. Bukan itu sahaja ya, pada hari tersebut juga banyak promosi dan diskaun istimewa yang akan diberikan kepada penggemar kopi. Wah! Mesti korang dah tak sabar kan?

McCafe sentiasa hasilkan kopi berkualiti 

Haa, ni nak beritahu korang! McDonald’s menerusi McCafe juga setiap tahun tidak akan terlepas dari menyambut International Coffee Day ini. Sebelum itu, korang pasti tahu kan kopi yang dibuat oleh McCafe ini sememangnya sangat berkualiti.

Gambar Via McDonald’s Blog

Ia diperbuat daripada 100% biji Arabica premium dengan biji kopi medium-dark roasted dan baru digiling tanpa bahan tambahan. Yang pastinya, semua minuman kopi di McCafe memenuhi standard keselamatan makanan dan dijamin halal.

Nikmati secawan Iced Latte percuma pada International Coffee Day

Di samping itu, istimewa bagi meraikan International Coffee Day pada tahun ini, McCafe nak belanja rakyat Malaysia untuk menikmati secawan kopi yang berasaskan espresso berkualiti tinggi. McCafe akan memberikan 100,000 cawan Iced Latte secara percuma sepanjang bulan Oktober. Namun, tawaran ini hanya tersedia melalui McDelivery sahaja. Dengan mana-mana pesanan di McDelivery, korang perlu memasukkan kod promosi MCCAFEFREE. 

Gambar Via McDonald’s Malaysia

 

Gambar Via Whatmaryloves.com

Bukan itu sahaja, McCafe juga menawarkan harga istimewa bagi minuman Iced Latte tersebut iaitu cuma RM1.99 sahaja. Menariknya, diskaun tersebut bukan hanya satu hari sahaja namun untuk sepanjang bulan Oktober. Untuk tawaran ini pula, ia hanya akan tersedia melalui aplikasi McD.

Gambar Via Delish.com

Banyak lagi tawaran kopi istimewa yang boleh dinikmati oleh korang sempena International Coffee Day ini melalui aplikasi McD termasuk minuman McCafe dengan diskaun sebanyak 50% seperti Cappuccino,  Iced Chocolate dan Latte.

Gambar Via McDonald’s Malaysia

Terdapat juga diskaun bagi hidangan-hidangan lain bersama kopi McCafe iaitu Double Cheeseburger bersama Fries dan Iced Latte bersaiz sederhana serta Spicy Chicken McDeluxe bersama Fries dan Iced Latte bersaiz sederhana.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web McDonald’s atau aplikasi McDelivery.

*Promosi tertakluk kepada terma dan syarat.

Sofea

There's always another side to every story