Siakap Keli
Gambar: Zulhafidz Yahaya

“Boleh Hilang Jari Kaki Kalau…”, Lelaki Nasihat “Rider” Pakai Kasut Motor, Elak Pakai Kasut Kanvas Masa Menunggang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Menunggang motosikal memerlukan penjagaan keselamatan yang betul, supaya dapat mengurangkan impak buruk sekiranya berlaku kemalangan.

Aksesori-aksesori keselamatan penunggang seperti jaket keselamatan, jaket pantul cahaya, helmet bertutup, kasut dan sebagainya sepatutnya perlu digunakan sebaiknya.

Mungkin ada antara kita yang sudah ‘bersedia’ dalam soal keselamatan, namun pepatah pernah mengatakan, ‘malang tidak berbau’.

Salah satu soal keselamatan yang perlu dititikberatkan adalah pemakaian kasut.

Individu bernama Zulhafidz Yahaya baru-baru ini berkongsi nasihat tentang risiko pengunaan kasut yang salah ketika menunggang motosikal.

Ikuti perkongsian ini.

Gambar: Zulhafidz Yahaya

Pakailah kasut motor, bukan kasut kanvas atau kasut jogging kalau bawak motor.

Saya dah serik masa zaman RXZ, nak cool, pakai kasut biasa. Ride malam. Tak nampak apa atas highway, nampak berapi je belakang lori, tiba-tiba kaki sakit. berhenti R&R, kasut rasa basah.

Ibu jari kaki terbelah. Kena jugalah jahit sikit. Mujur.

Gambar: Zulhafidz Yahaya

Sejak tu, ride dekat ke jauh ke, pakai betul-betul kasut motor yang ada plumbum atau cover keras depan kiri kanan. Angkle etc. RM200 ada RM700 ada RM1,300 ada.

Ikut le bajet memasing. Dulu awal-awal dulu beli boot secondhand je sebab duit tak cukup. Dah ada duit lebih baru beli yang diingini.

Kaki ada 2 je. Sparepart takde.

Saya hairan kadang tengok ada yang bawak motor 1,000cc, tapi pakai kasut Converse, jaket tak pakai, helmet open face, bawa 299kmj ke atas.

Gambar: Zulhafidz Yahaya

Memang nampak cool sebab tak kena batu tak kena apa-apa benda melantun di highway, kalau kena baru nak pakai, takut terlambat je.

Sekarang, masih bawa laju, pakai jaket ada padding dada, bahu, siku, belakang, seluar pun ada la sket foam padding lutut walau tak corner cecah lutut.

Atas jalan sekarang ada lori bawak besi takda penutup kanvas, anytime seketul batang besi boleh jatuh, dan kalau speed 150kmj pun, dengan benda melantun atas jalan, impak dia besar.

Yang sedar, Alhamdulillah.

Yang degil, ikut deme ler.

Nak style atau nak selamat, deme buleh pikior.

Gambar: Zulhafidz Yahaya
Gambar: Zulhafidz Yahaya

Pakailah kasut motor, bukan kasut kanvas atau kasut jogging kalau bawak motor. Saya dah serik masa zaman Rxz, nak…

Posted by Zulhafidz Yahaya on Wednesday, September 30, 2020

Sumber: Zulhafidz Yahaya

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.