Siakap Keli
Gambar: Bernama

Pengubahan Wang Haram: SPRM Panggil Suami Isteri Bergelar Artis

KUALA LUMPUR, 1 Okt  — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memanggil sepasang suami isteri bergelar artis memberi keterangan bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram.

Menurut sumber, suami isteri berkenaan dipanggil memberi keterangan kira-kira 4 pagi tadi di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Difahamkan seorang daripada mereka telah selesai memberi keterangan manakala seorang lagi masih diambil keterangan oleh SPRM.

Menurut sumber itu SPRM akan memanggil beberapa lagi selebriti untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.