Siakap Keli

POPULAR Buat Promosi ‘Kaw Kaw’, Buku & Alat Tulis Dapat Diskaun Hingga 90%

Kalau sebut je kedai buku POPULAR, boleh dikatakan ramai yang meminati buku dan alat tulis yang dijual di kedai tersebut. Mungkin ada juga yang sangat setia dengan produk dari kedai buku ini. Kedai buku POPULAR ini juga terletak di seluruh negara dan mudah untuk mencari dan ditemui di kebanyakan pusat membeli belah di Malaysia.

Ye, korang jangan terkejut kalau hari ini POPULAR sekali lagi tawarkan harga yang paling rendah untuk menghargai pelanggan-pelanggan setia mereka.

Apa yang best sangat tu kat POPULAR?

Takkan tengok je, Promosi Penghabisan Stok Tahunan POPULAR. Jualan sampai licin ini di 69 Kedai Buku POPULAR dari 2 Oktober hingga 11 Oktober 2020. Ini antara senarai kedai buku yang terlibat.

Promosi ini bakal buat korang teruja kerana pelbagai tawaran menarik serta diskaun istimewa untuk pelanggan setia POPULAR. Korang minat novel? Jangan risau, dapatkan novel bahasa Melayu dan Inggeris kegemaran korang serendah RM 20 untuk 5 buah buku.

Buku untuk korang yang ada anak-anak kecil pun ada tau. Buku ‘special’ seperti buku cerita dan warna yang keluarkan bunyi turut dijual dengan harga sangat murah.

Selain buku-buku yang menarik, POPULAR juga akan membuat promosi CD RAMA iaitu album Disney Sing Your Heart Out!, Ralmond Lap-Lovely Baby dan pelbagai lagi.

Kalau korang nak borong alat tulis untuk anak-anak nak sekolah nanti pun POPULAR akan buat promosi yang menarik.

Korang belum ada POPULAR Card atau belum renew kad korang? Inilah masa yang sesuai untuk korang dapatkan POPULAR Card atau renew kad yang dah tamat tempoh tu. Sebab korang layak dapatkan Exclusive POPULAR Insulated Lunch Bag dan POP Urban 2 in 1 Ball Pen secara percuma.

Sekarang korang dah boleh mohon atau renew POPULAR e-Card korang menerusi aplikasi POPULAR MY.

Jangan tunggu lagi, jom serbu 69 kedai buku POPULAR atau korang boleh lihat SINI. Untuk maklumat lanjut, layari laman web POPULAR atau layari Facebook mereka. Jom sama-sama memeriahkan promosi penghabisan stok POPULAR ini.

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang