Siakap Keli
Gambar: Mohammad Saadatul Danial Arif

“Bila Orang Lalu Ja Tutup Mulut”, Lelaki Kongsi Hakikat Jadi Pekerja Pembersihan, Minta Orang Ramai Hormati Pekerjaan Orang Lain

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap pekerjaan di dunia ini saling melengkapi keperluan kita antara satu sama lain. Tanpa petani, tak dapatlah guru, pemandu mahupun doktor makan nasi, tanpa penternak, tiadalah baju atau jaket mewah ahli perniagaan dan tanpa pengutip sampah, nescaya kotorlah persekitaran.

Tiada pekerjaan yang lebih mulia daripada yang lain selagi ia halal dan dilakukan dengan ikhlas untuk memberi manfaat kepada orang lain.

Baru-baru ini, seorang pekerja syarikat pembersihan, Mohammad Saadatul Danial Arif membuat luahan berkenaan sikap segelintir individu yang didakwa tidak menjaga kebersihan dan menghormati pekerjaan orang lain.

Aku berkerja sebagai Idaman (syarikat pembersihan). Aku tak malu. Bila orang lalu ja tutup mulut, mungkin perkerjaan macam kami ni berbau.

Dengar ja Idaman Environment mesti kerja kotor kan. “Elehh kerja berbau, kerja tak ada masa depan..”

Hampa tau dak aku biasa terjun longkang, cuci longkang tersumbat. Aku sapu sampah keliling perumahan, bukan satu taman tapi berbelas taman. Kerja macam ni pun besar pahala hampa tau dak.

Tong sampah dah bagi pun, dalam longkang, tepi jalan jugak nak buang. Ada juga yang rajin.

Pandang hina kami yang kerja Idaman ni. Hampa tau dak kalau tak ada orang macam kami ni, bumi penuh dengan sampah. Jadi sama-sama menghormati pekerjaan org lain.

Gambar: Mohammad Saadatul Danial Arif

Sumber: Mohammad Saadatul Danial Arif

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.