Siakap Keli
Gambar: Bernama/Google

Hanya Pemimpin Bertaraf Menteri & Setaraf Luar Negara Dibenarkan Masuk Ke Malaysia Untuk Lawatan Kerja -Ismail Sabri

Putrajaya, 3 Oktober – Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, lawatan melibatkan pimpinan luar negara dan sebaliknya dibenarkan mengikut SOP tertentu.

“Kita mempunyai hubungan dengan negara luar. Ramai pemimpin luar terpaksa datang ke negara untuk rundingan dan pelbagai perkara berkaitan. Kita tidak menyekat sebagai sebuah negara yang bersahabat dengan seluruh negara luar.

“Kita tidak boleh menyekat pemimpin negara luar atas lawatan kerja atas tugas rasmi mereka,” katanya.

Oleh itu, mesyuarat memutuskan hanya menteri dan setaraf dengannya sahaja yang boleh masuk ke Malaysia untuk kunjungan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Jelasnya, SOP tersebut melibatkan ujian swab sebaik sahaja tiba dan terus ke bilik masing-masing. Mereka juga perlu pulang terus ke negara asal sebaik sahaja rundingan berakhir.

Kedatangan mereka bukan dalam perkembangan komersial, tetapi penerbangan khas rombongan mereka sahaja melalui penerbangan yang disewa, katanya.

Keputusan ini merupakan hasil persidangan khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersama Perdana Menteri pagi tadi.

Sumber: RTM