Siakap Keli

Pekerja Zoo Cedera Dibaham Singa Ketika Cuba Menyentuh Haiwan Itu

AFRIKA BARAT: Seorang pekerja zoo telah tercedera setelah dibaham oleh seekor singa.

Kejadian berlaku di sebuah zoo di Dakar, Senegal.

Dipercayai ketika itu, pekerja tersebut ingin melakukan pertunjukkan kepada pengunjung zoo.

Mangsa telah menghulurkan tangannya di celah palang sangkar untuk menyentuh haiwan itu, namun berlaku perkara di luar jangkaan setelah singa itu telah membaham tangan pekerja itu.

Video daripada Youtube, Global Media Production:

Mangsa berusaha untuk melepaskan tangannya itu daripada gigitan singa tersebut.

Mangsa bernasib baik kerana tangannya berjaya dilepaskan setelah beberapa percubaan dilakukan.

Mangsa mengalami kecederaan di bahagian lengan tangannya dan diberi rawatan sejurus kejadian itu berlaku.

Sumber: Dailymail

Alfi Aiman

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.