Siakap Keli

Sekolah Belum Disyorkan Tutup Buat Masa Ini – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 3 Okt – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa langkah penutupan sekolah belum disyorkan buat masa ini.

“Jadi kita lihat sekarang ini kalau sekolah tersebut ada jangkitan, contohnya dulu Kluster Tawar ada seorang guru yang terlibat positif, guru tersebut kembali ke sekolah dan jangkitan berlaku, barulah kita akan tutup sekolah.

“Tapi setakat ini kita tidak syorkan penutupan sekolah. Aktiviti boleh berjalan tapi kena berhati-hati (dan) patuh kepada prosedur operasi standard (SOP),” katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19 hari ini.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.