Siakap Keli

TERKINI: Kawalan Di Pantai Timur Sabah Dipertingkatkan, Keanggotaan & Aset Keselamatan ATM, PDRM & APMM Ditambah Kekang Kemasukan PATI

PUTRAJAYA, 3 Okt – Kerajaan akan mempertingkatkan kawalan di Pantai Timur Sabah bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari negara jiran.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berikutan kenaikan kes jangkitan COVID-19 di negara ini berpunca daripada kemasukan PATI tersebut.

“Sidang khas hari ini bersetuju untuk menambah keanggotaan keselamatan, begitu juga aset sama ada daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

“(Ia) bagi kita memperkasakan dan menambahketatkan lagi kawalan di Pantai Timur Sabah ini melalui Op Benteng supaya kita dapat menghalang kemasukan PATI khususnya dari lorong-lorong tikus ini,” katanya dalam Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Jelasnya, faktor geografi Pantai Timur Sabah yang begitu panjang dan luas serta terdapat banyak pulau yang menjadi transit PATI menjadikan kawalan agar sukar dijalankan.

“Bagi mereka yang ditahan, mereka yang tidak berdokumen, pasti sahaja mereka akan ditangkap dan ditempatkan di depot-depot tahanan imigresen.

“(Manakala) bagi mereka yang ada kad pengenalan, kita juga tidak bebaskan mereka. Walaupun tidak boleh tahan mereka tapi kita akan tempatkan mereka di pusat-pusat kuarantin dan dikuarantin selama 14 hari,” tambahnya lagi.

Kenyataan tersebut boleh dirujuk pada durasi ke 27:35.

Sumber: BERNAMA TV

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.