Semalam, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengeluarkan arahan terkini menyarankan agar semua Insitut Pengajian Tinggi (IPT) menangguhkan sesi pendaftaran pelajar baharu.
Bagaimanapun, menterinya, Datuk Dr. Noraini Ahmad mencadangkan agar sesi pendaftaran tersebut dijalankan secara dalam talian dan keputusan drastik itu dibuat berikutan kadar kes jangkitan COVID-19 didapati meningkat akhir-akhir ini.
Sehubungan itu, ramai bakal siswa yang sepatutnya dijadualkan akan mendaftar minggu ini akur dengan arahan tersebut, dalam masa sama ada antara mereka yang terkesan kerana kehabisan wang, tiada tempat tinggal sementara dan sebagainya.
Boleh dikatakan isu ini mendapat perhatian di hati netizen, lalu pelbagai saluran bantuan ditawarkan kepada bakal siswa ini secara terbuka, semuanya bagi membantu meringankan beban mereka yang terjejas.
Terbaharu, bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik turut melancarkan kutipan sumbangan awam buat bakal siswa ini.
Hari ini sekali lagi kita melihat anak-anak siswa kita berdepan ujian akibat dari keputusan saat akhir Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang membuat penangguhan kemasukan pelajar IPT kemasukan Oktober, pada hari yang sama sepatutnya anak-anak siswa ini melaporkan diri. pic.twitter.com/MhaaaEGQDi
— Maszlee Malik 🇲🇾 (@maszlee) October 2, 2020
Ramai yang menghubungi saya dan memohon pelbagai bantuan, dari duit tambang tiket bas, keretapi, kapal terbang sehinggalah kepada duit bayaran semula penginapan hotel ibu-bapa mereka yang hangus terbakar begitu sahaja.
— Maszlee Malik 🇲🇾 (@maszlee) October 2, 2020
Atas semangat rakyat jaga rakyat; saya kini melancarkan crowdfunding untuk mereka yang berkemampuan menyumbangkan dana untuk membantu anak-anak siswa kita.
— Maszlee Malik 🇲🇾 (@maszlee) October 2, 2020
Untuk mereka yang mahu menyumbang boleh salurkan wang ke Pertubuhan Rejuvenasi Pendidikan di nombor akaun;
Maybank: 5647-1752-7213 pic.twitter.com/Kyv31NiNXh
— Maszlee Malik 🇲🇾 (@maszlee) October 2, 2020
Manakala untuk anak siswa yang mahu memohon sebarang bantuan boleh mengisi borang di bawah dan pihak Pertubuhan Rejuvenasi Pendidikan akan berusaha menyalurkan bantuan secepat mungkin.https://t.co/Pt1sJi3zlc
— Maszlee Malik 🇲🇾 (@maszlee) October 2, 2020
Terima kasih kepada semua yang menyumbang. Saya mohon disebarkan makluman ini agar lebih ramai anak-anak siswa yang dapat kita semua bantu.
Salam hormat, #rakyatjagarakyat & #siswajagasiswa
YB Dr Maszlee Malik
2 Oktober 2020— Maszlee Malik 🇲🇾 (@maszlee) October 2, 2020
Perkembangan terkini
Terbaharu, Dr. Maszlee berkongsi perkembangan terkini mengenai permohonan bantuan serta sumbangan awam yang terkumpul setakat 9 pagi ini.
Update perkembangan terkini sumbangan yang saya telah lancarkan malam tadi.
Sehingga pagi ini, sebanyak 3695 permohonan diterima daripada anak siswa.
Manakala sebanyak RM 43,998.29 telah disumbangkan oleh orang ramai.
Oleh kerana terlalu banyak permohonan, saya menyeru semua untuk terus menyebarkan usaha ini supaya lebih ramai orang dapat menyumbang.
Untuk mereka yang mahu menyumbang boleh salurkan wang ke Pertubuhan Rejuvenasi Pendidikan di nombor akaun;
Maybank: 5647-1752-7213
Ini adalah untuk memastikan lebih ramai permohonan dapat kita proses untuk diberikan bantuan.
InshaAllah, 100 penerima kumpulan pertama akan kita usahakan untuk menerima bantuan pada hari ini juga. Ini akan kita maklumkan sekitar jam 1 tengah hari nanti.
Update perkembangan sumbangan yang saya telah lancarkan malam tadi. Sehingga pagi ini, sebanyak 3695 permohonan…
Posted by Dr Maszlee Malik on Friday, October 2, 2020
Sumber: Dr. Maszlee Malik